RockYou Widget

Friday, February 17, 2006

Senarai Anugerah Penulisan

Terdapat 7 buah cerpen yang telah dinobatkan dengan anugerah penulisan tanahair.


Cerpen-cerpen tersebut turut diberi mandat yang sewajarnya. Penanugerahan tersebut telah memberi semangat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Falsafah diri adalah mudah : Karya hari ini harus lebih baik dari yang semalam.


1. HADIAH UTAMA : HADIAH SASTERA SISWA-BANK RAKYAT

Hadiah ini telah tidak wujud lagi kini. Namun begitu, 3 buah cerpen telah diberi penghormatan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama majalah Dewan Siswa untuk mengiktiraf cerpen-cerpen remaja tersebut layak untuk memenangi hadiah ini. Selama tiga tahun berturut-turut iaitu dari 1991 - 1993. Hadiah Sastera Siswa - Bank Rakyat telah mengangkat cerpen-cerpen berikut sebagai pemenangnya :

  • ATLANTIS DUNIAKU DUNIAMU
  • ANNYSS SOPHILEA
  • ANUGERAH AMARISS


Selain daripada itu, cerpen ANNYSS SOPHILEA turut dimuatkan di dalam Antologi Anak Laut yang merupakan teks bacaan wajib bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh Malaysia


2. HADIAH KEDUA : HADIAH SASTERA UTUSAN-PUBLIC BANK 1996

Cerpen yang layak memenangi anugerah ini mestilah cerpen yang pernah disiarkan di mana-mana wadah terbitan Utusan Malaysia. Cerpen yang memenangi hadiah ini telah tersiar di akhbar Mingguan Malaysia 15 Sept 1996.

  • CINTA SANGKURIANG RINDU OEDIPUS


3. HADIAH KEDUA PERTANDINGAN CERPEN SEMPENA BULAN BUDAYA PULAU PINANG ANJURAN YTL - BERITA HARIAN

Pertandingan ini telah diadakan pada tahun 1996 sempena sambutan Bulan Budaya Negeri Pulau Pinang. Ia dianjurkan dengan kerjasama P2NP, YTL dan Berita Harian. Walaupun cerpen ini memenangi hadiah kedua, sebenarnya tiada pemenang untuk tempat pertama.

  • SELAGI LADING MASIH DI TANGAN


4. HADIAH PERTAMA : HADIAH CERPEN ESSO GAPENA KE-X

Sayembara Penulisan Cerpen Esso-Gapena bukanlah diadakan pada setiap tahun. Namun memenanginya pada tahun 1997 merupakan satu kenangan manis kerana pada ketika itulah saya mula dikenali sebagai peguam yang menulis. Cerpen yang dimaksudkan adalah :

  • PERSIDANGAN AGUNG WANITA KLASIK


5. HADIAH SASTERA PERDANA 1996/1997

Pada setiap dua tahun, karya penulis-penulis tanahair akan dinilai untuk diberikan suatu penghargaan yang amat bermakna buat diri penulis. Hadiah ini merupakan tangga kedua selepas Anugerah Sasterawan Negara.


  • PERSIDANGAN AGUNG WANITA KLASIK


6. HADIAH UTAMA : HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2000

Pada tahun 2000, tiada lagi anugerah Hadiah Sastera Utusan - Public Bank, tetapi seperti yang dinamakan di atas. Jumlah nilai hadiah turut dinaikkan. Kategori yang dimenangi pada tahun itu adalah kategori remaja. Cerpen yang terpilih telah tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia 6 Ogos 2000 ialah :

  • IMPIAN TSU-RYI

7. HADIAH KEDUA NOVEL REMAJA : HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2003

Buat pertama kali saya menulis novel dan langsung dikirimkan ke Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Bukan dengan harapan untuk menang tetapi sekadar menguji kemampuan diri.

  • MENCARI LOCUS STANDI


8. ANUGERAH PENULIS REMAJA NEGERI SEMBILAN 2004

Satu bentuk pengiktirafan kepada penulis oleh kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia merupakan titik tolak kepada Anugerah Sastera Negeri Sembilan pada tahun berikutnya. Lima orang penulis yang menulis karya untuk remaja telah dipilih pada tahun ini. Antara kriteria pemilihan ialah ketekalan menulis dan banyak menulis untuk remaja.


9. ANUGERAH SASTERA NEGERI SEMBILAN 2005

Anugerah ini dilangsungkan bagi mengiktiraf penulis-penulis Negeri Sembilan yang telah banyak menyumbangkan karya dalam pelbagai genre. Saya telah memenangi 4 hadiah dalam 3 kategori seperti berikut :

  • PERSIDANGAN AGUNG WANITA KLASIK (Cerpen)
  • MEMAHAMI HAK CIPTA SASTERA (Esei)
  • POTENSI KEDUDUKAN WANITA DALAM KARYA SASTERA (esei )
  • MENCARI LOCUS STANDI (Novel)

10. ANUGERAH BUKU BITARA MBBY 2006 (KATEGORI PENULIS)
Anugerah ini merupakan anjuran Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) yang ditugaskan memilih satu buku kanak-kanak dan remaja bagi mewakili Malaysia di IBBY. Untuk anugerah ini, saya memenangi hadiah penghargaan sekaligus hadiah kedua. Karya saya yang memenangi anugerah ini ialah :
  • FARRIS PUTERA YANG HILANG (Novel)

11. HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2005 (Hadiah Penghargaan Kategori Kajian / Rencana Sastera)

  • TUNGGU TEDUH DULU : CITRA DAKWAH ISLAMIAH KONTEMPORARI (Esei Sastera)